Thursday 20 November 2008

Tiga Hari, Dua Malam Dalam Membina Pasukan Yang Bersepadu Dengan Satu halatuju …. menerusi experiental learning, unlearning and relearning

ADVENTURE-BASED TEAM BUILDING ACTIVITIES

Organisasi yang berjaya memerlukan satu kesepakatan yang mantap di kalangan warga kerjanya sama ada para pemimpin, pengurus mahupun lain-lain pekerja pejabat dan staf lapangan. Dalam kesibukan mengejar dateline projek; memenuhi kehendak pelanggan; menangani masalah pembekal; melayan karenah vendor … serta memastikan keuntungan yang menasabah, setiap jabatan mungkin membawa hala tujunya tersendiri. Mereka mungkin bekerja kuat memenuhi matlamat sempit jabatan / unit sehinggakan lupa akan visi dan misi besar organisasi.

Oleh kerana tenaga pekerja merupakan nadi utama kejayaan sesebuah organisasi, maka komunikasi di antara warga kerjanya dan penyelerasan di antara jabatan amat penting dalam memastikan organsasi terus berkembang, lebih-lebih lagi dalam berhadapan dengan suasana ekonomi yang kurang menentu serta serangan gelombang globalisasi.

Justeru itu sesekali sekala, tenaga kerjanya perlu muhasabah diri dan merenung kembali perhubungan kritikal satu sama lain. Di sinilah program ADVENTURE-BASED TEAM BUILDING (ABTB) dapat membantu organisasi mengecaj semula tenaga kerjanya agar bergerak sebagai satu pasukan ke arah halatuju yang telah ditetapkan.

Teras utama ABDB ialah membina keakraban sesama warga kerja sesebuah organisasi bukan sahaja yang berada di sesuatu aras kerja, malah meliputi setiap lapisan pekerja sama ada pihak pemimpin, pengurus, penyelia, perkeranian mahupun kelompok sokongan lain yang lazimnya tidak dianggap penting. Program ABTB dapat memupuk semula kesepakatan, keakraban serta kesepaduan halatuju sesebuah organisasi berkenaan.

Semua ini dijalankan dalam bentuk aktiviti menarik bersifat kembara yang mencabar minda dan fizikal pesertanya. Ia dipimpin oleh tenaga fasilitator yang terlatih dalam bidang masing-masing.

Secara umumnya objektif ABTB ialah untuk:

1. Know each other better – memupuk keakraban sesama peserta

2. Know each other deeper – mengenali sesama peserta lebih dekat lagi

3. Develop group cohesiveness – membina kesepakatan kumpulan

Matlamat akhirnya ialah untuk mewujudkan suasana kerja yang lebih produktif dan kondusif serta saling berkerjasama di antara satu sama lain. Selepas mengikuti program ini peserta akan menjadi lebih produktif serta memberi sumbangan yang lebih efektif di tempat kerja.

Ia dijalankan menerusi aktiviti:

Educational dan recreational tertakluk sama ada penganjur memilih aktiviti berorientasikan kawasan:

(a) Pulau

(b) Laut

(c) Bukit, dan

(d) Hutan, atau pun

(e) Gabungan beberapa ciri kawasan berkenaan

AKTIVITI yang dikendalikan meliputi:

n Trekking

n Orientering

n Mind games

n Kayaking

n White-water rafting

n Sea survival

n Land survival

n Flying foxes

n River crossing

n Low and high rope

n Mountain climbing

n Night tracking

n War games

n Waterfall repelling

n Absailing

n Obstacle course

n dan yang seumpamanya.

Aktiviti yang dijalankan dalam ABTB ini dikendalikan oleh fasilitator yang berpengalaman dalam bidang masing-masing di ketuai oleh En. Mohd Nor Abdul Rahim (silat lihat biodata beliau).

No comments: