Thursday 20 November 2008

CAMP COMMANDANT
EN. MOHD NOOR ABDUL RAHIM

Diploma Pendidikan, Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur; Anugerah Khidmat Kepujian Kementerian Pelajaran (1990); Anugerah Khidmat Cemerlang Kementerian Pelajaran (1996, 2003); Anugerah Pingat Jaksa Kebaktian – PJK (2003)

Pengiktirafan sebagai Panel Kejurulatihan Kebangsaan (2001-2007); Anugerah Cemerlang Pelayaran Kapal Layar Tunas Samudera (2002), Scuba Diving (2004)

Anugerah Kayak Bintang 1 dan Bintang 2 - Persatuan Kenu Malaysia (1999); Anugerah Keselamatan dalam Berkenu (2001); Anugerah Rescue in Canoeing (2001); Anugerah Kenu Supervisor – Persatuan Kenu Malaysia (2003).

Pendakian Gunung: Gunung Kinabalu (2006); Gunung Mulu – Pinnacles (2005); Gunung Stong, Kelantan (2008)

Eksplorasi Gua: Gua Mulu – connecting cave (2005); Gua Wang Burma, Perlis (1999); Gua Itik, Pengkalan Hulu Perak (1999); Gua Telinga, Gunung Tahan, Taman Negara (1982),

Ekspedisi : Taman Negara Endau Rompin (2002); Taman Negara Pantai Keracut (1975, 1980, 1982, 1985, 1990, 1994); Taman Negara Gunung Tahan (1984, 1986); Taman Negara Bako Sarawak (2003)

Whitewater rafting (Sungai Siddim, Kedah 1999; Sungai Kiulu, Sabah 2005)

Ekspedisi Berakit: Dabung-Kuala Krai, Kelantan (1996)

Ekspedisi Berbasikal Solo: Mengililingi Semenanjung Malaysia (2006)

Ekspedisi Berkayak mengililingi Pulau Pinang (2003)

Anggota Panel Penulis: Deraf Manual Aktiviti Orienteering, Pusat Kokurikulum Peringkat Kebangsaan; Deraf SOP untuk perlaksanaan aktiviti ikhtiar hidup Pusat Kokurikulum peringkat Kebangsaan; Buku Pengurusan Pusat Kokurikulum peringkat Kebangsaan; Buku Kurikulum Pusat Kokurikulum peringkat Kebangsaan; Buku Pengurusan Aktiviti Pusat Kokurikulum peringkat Kebangsaan.

LAIN-LAIN PENGALAMAN:
Fasilitator KEKAS (Kem Kesedaran Alam Sekitar) Pulau Pinang; Pengurusi Teknikal Radio Komunikasi Pusat Kokurikulum Kebangsaan (2005-2007), Pengarah Latihan Program Jati Diri Murid Berisiko Peringkat Kebangsaan Kementerian Pelajaran Malaysia (2006 – 2007), Komanden, Kem Remaja Bestari Yayasan Tenaga Nasional (2007, 2008); Timbalan Ketua Panel Kejurulatihan Kebangsaan, Pusat Kokurikulum (2000 – 2005); Kaunselor Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Bertajam (1990 – 1997); Komandan Pusat Kokurikulum, Pulau Pinang (1998 – 2006)

Di antara klien En. Mohd Noor termasuklah:
Selain pelajar sekolah serta siswa/i universiti, ia termasuklah INTEL (Kulim), Maybank, Hong Leong Insurance, Penang Port Sdn. Bhd., Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Pejabat Tenaga Rakyat Seberang Prai, Kolej Komuniti Bayan Baru, Lembaga Pelabuhan Johor, Penang Bridge Sdn. Bhd.

Tiga Hari, Dua Malam Dalam Membina Pasukan Yang Bersepadu Dengan Satu halatuju …. menerusi experiental learning, unlearning and relearning

ADVENTURE-BASED TEAM BUILDING ACTIVITIES

Organisasi yang berjaya memerlukan satu kesepakatan yang mantap di kalangan warga kerjanya sama ada para pemimpin, pengurus mahupun lain-lain pekerja pejabat dan staf lapangan. Dalam kesibukan mengejar dateline projek; memenuhi kehendak pelanggan; menangani masalah pembekal; melayan karenah vendor … serta memastikan keuntungan yang menasabah, setiap jabatan mungkin membawa hala tujunya tersendiri. Mereka mungkin bekerja kuat memenuhi matlamat sempit jabatan / unit sehinggakan lupa akan visi dan misi besar organisasi.

Oleh kerana tenaga pekerja merupakan nadi utama kejayaan sesebuah organisasi, maka komunikasi di antara warga kerjanya dan penyelerasan di antara jabatan amat penting dalam memastikan organsasi terus berkembang, lebih-lebih lagi dalam berhadapan dengan suasana ekonomi yang kurang menentu serta serangan gelombang globalisasi.

Justeru itu sesekali sekala, tenaga kerjanya perlu muhasabah diri dan merenung kembali perhubungan kritikal satu sama lain. Di sinilah program ADVENTURE-BASED TEAM BUILDING (ABTB) dapat membantu organisasi mengecaj semula tenaga kerjanya agar bergerak sebagai satu pasukan ke arah halatuju yang telah ditetapkan.

Teras utama ABDB ialah membina keakraban sesama warga kerja sesebuah organisasi bukan sahaja yang berada di sesuatu aras kerja, malah meliputi setiap lapisan pekerja sama ada pihak pemimpin, pengurus, penyelia, perkeranian mahupun kelompok sokongan lain yang lazimnya tidak dianggap penting. Program ABTB dapat memupuk semula kesepakatan, keakraban serta kesepaduan halatuju sesebuah organisasi berkenaan.

Semua ini dijalankan dalam bentuk aktiviti menarik bersifat kembara yang mencabar minda dan fizikal pesertanya. Ia dipimpin oleh tenaga fasilitator yang terlatih dalam bidang masing-masing.

Secara umumnya objektif ABTB ialah untuk:

1. Know each other better – memupuk keakraban sesama peserta

2. Know each other deeper – mengenali sesama peserta lebih dekat lagi

3. Develop group cohesiveness – membina kesepakatan kumpulan

Matlamat akhirnya ialah untuk mewujudkan suasana kerja yang lebih produktif dan kondusif serta saling berkerjasama di antara satu sama lain. Selepas mengikuti program ini peserta akan menjadi lebih produktif serta memberi sumbangan yang lebih efektif di tempat kerja.

Ia dijalankan menerusi aktiviti:

Educational dan recreational tertakluk sama ada penganjur memilih aktiviti berorientasikan kawasan:

(a) Pulau

(b) Laut

(c) Bukit, dan

(d) Hutan, atau pun

(e) Gabungan beberapa ciri kawasan berkenaan

AKTIVITI yang dikendalikan meliputi:

n Trekking

n Orientering

n Mind games

n Kayaking

n White-water rafting

n Sea survival

n Land survival

n Flying foxes

n River crossing

n Low and high rope

n Mountain climbing

n Night tracking

n War games

n Waterfall repelling

n Absailing

n Obstacle course

n dan yang seumpamanya.

Aktiviti yang dijalankan dalam ABTB ini dikendalikan oleh fasilitator yang berpengalaman dalam bidang masing-masing di ketuai oleh En. Mohd Nor Abdul Rahim (silat lihat biodata beliau).

Wednesday 10 September 2008






Membantu pihak Sekolah/Kolej/IPTA/IPTS merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti
seperti:

· Perkhemahan Kokurikulum

· Perkhemahan Unit Uniform

· Kursus Kepimpinan Murid/Pelajar

· Kursus Kepimpinan Pengawas

· Program—Program RIMUP

· Perkhemahan Kecemerlangan Akedamik

· Program Pembentukan Sahsiah

Membantu pihak Organisasi / individu merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti seperti :

· Kursus “Team Building”

· Program Hari Keluarga

· Program Percutian Keluarga

DAN LAIN—LAIN AKTIVITI PENDIDIKAN

Melaksanakan program dan aktiviti menjurus kepada aspek:

· Memupuk semangat patriotisme dikalangan peserta

· Meningkatkan keyakinan diri dan semangat kerjasama di kalangan peserta

· Mengalami pengalaman langsung (live Experience) di dalam setiap aktiviti yang dijalankan

· Menghargai dan menghayati keindahan alam semula jadi

· Meningkatkan nilai displin dalam setiap tindakan

· Memupuk ciri—ciri kepimpinan dikalangan peserta